Assalamualaikum semua.. Hari ni, sambil layan fb ke twitter ke apa ke what ever la, jom kita buat resepi baru kat bawah ni nak.. Yummy..
Bahan-Bahan
- ½ cawan mentega
- ½ cawan minyak jagung
- 1 ¼ cawan gula perang
- 3 biji telur
- 2 ½ cwn tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 3 sudu makan serbuk koko
- 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
- Sedikit coklat chip untuk hiasan.
- Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
- Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
- Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
- Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
- Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
- Siap untuk di bakar. Bakar selama 30 minit..(bergantung pada besar cup cakes, kalau mcm aku ni cukup 30minit, kalau kecil cup so cepatlah masak)
- Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
- Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
- Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
- Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
- Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
- Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).
0 komen budak suka memasak:
Post a Comment